Thursday, November 26, 2009

PUJANGGA HATI PEMBIMBING WARDAT



Ktowg telah dibimbing oleh pembimbing yg silih bergnti,dri Ummi Nor’aini bergnti dgn Ustazah Rosima Buang..Segunung penghrgaan kami ucpkn dn terima ksih di atas segala jasa dn pengorbann yg ustazah lakukn demi membngunkan wardatuddiniah..Jasa ustzh xkn dpt kami balas dgn apa cra skalipun,,

Guru yg kini mmbimbing kami ialah ustzh Rosima Bte Buang,,

Beliau merupkn guru pndidikn islam SMKASR.Beliau juga mrupakn Ketua Pemeriksa PAI PMR Negeri Melaka.Beliau tnggal di Bukit Larang,telok mas,Melaka.Beliau mula memimpn Wardat sejak thun 2001 hngga kini.Pelbagai jasa telah dicurahkn beliau sepnjng mnjadi guru pmbimbng Wardat.

Dari pelbagai pengurusan,A-Z,ustzh yg uruskn..syukrn ustzh,,jasamu hanya Allah yg dpt mmbls,,Beliau mrupakn seorg ustzh yg berwibawa,optimis dan komited dlm kerjaya.Beliau akn selalu mndgr pendpt pelajar sblm mmbuat ssuatu yg baru untk Wardat.Ustzh Rosima telah dibntu oleh Ustzh Irma Martiny namun ats komitmen lain,beliau tlh dignti oleh Pn Hatijah Ali.

Dengan gabungan 2 guru ini,bersama AJK kebitaraan yg lain,pengetua SMKASR,serta seluruh warga sekolh yg berterusn menyokong Wardat,telah mnghasilkn satu pimpinn yg baik dalam pembngunan Wardat.

Syukran Jazilan dari Wardatuddiniah………….


Wednesday, November 18, 2009

sejarah penubuhan Wardatuddiniah

Kumpulan nasyid Wardatuddiniah telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan ahlinya seramai 30 orang.Pengasasnya ialah Pn Hjh Jumaiyah bte Burden@Hasyim (pengetua SMKASR) dengan kerjasama Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Melaka iaitu Tuan Hj Mahmud b. Asha’ari.Kumpulan ini terus aktif di bawah naungan pentadbiran pengetua-pengetua yang silih berganti iaitu Pn Hjh Jamaliah bte Talib(1990),Pn Norhayati bte Lebai Isa(200-2001),Pn Hjh Wan Ruhayah bte Wan Yakob(2001-2005),Pn Hjh Pauziah bte Mohammad(2005-2007),dan kini oleh Pn Hjh Lailawati bte Ahmad.Kumpulan ini mula mencipta nama di persada nasyid di bawah nasihat dan bimbingan Pn Hjh Nor’aini bte Abdullah dan Pn Hjh Rosima bte Buang mulai tahun 2001-2005.Pada tahun 2002,kumpulan ini telah menjadi johan nasyid kebangsaan dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah dan tempat ketiga Festival Nasyid Kebangsaan 2005.
Pada tahun 2007,sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan nasyid telah dipilih menjadi salah satu daripada bidang kebitaraannya.Kumpulan ini terus dibimbing oleh Pn Hjh Rosima bte Buang dengan bantuan Ustazah Irma Martiny(2008) dan diganti oleh Pn Hatijah bte Ali serta AJK Kluster Kebitaraan Nasyid SMKASR.Setelah mendapat pengiktirafan kebitaraan,kumpulan ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan dalam setiap pertandingan yang disertai dan sering mendapat undangan membuat persembahan dalam majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi di negeri Melaka khususnya.
Kumpulan ini dipengerusikan oleh Nurul Jannah bte Ghafar(2008-2009) dengan ahli seramai 40 orang dimana setiap ahli nasyid telah dibahagikan mengikut peranan suara masing-masing.Solo telah diketuai oleh Nur Shabirah Maziyyah bte Abu Bakar.First voice@melody diketuai oleh Nur Syakinah Hayati bte Moamil,second voice@tenor diketuai oleh Umi Hajjar bte Muslim serta third voice@flat dan bass diketuai oleh Siti Nur Illiya bte Md Zainal dan Azreenah Shahari.Manakala perkusi nasyid pula diketuai oleh Nurul Jannah bte Ghafar.Seramai 7 orang ahli telah dipilih untuk mempelajari segala jenis alat untuk melahirkan kombinasi rentak yang sinonim dengan susunan dan irama lagu.

salam~


assalamualaikum w.b.t.. to all blogger,ktorg group nasyid yg bru jer join blog.... hope semua dpt support dgn beri comment kt ktorg.. same2 kiter meriahkan blog wardat okey! syukran jazilan....