Kumpulan nasyid Wardatuddiniah telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan ahlinya seramai 30 orang.Pengasasnya ialah Pn Hjh Jumaiyah bte Burden@Hasyim (pengetua SMKASR) dengan kerjasama Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Melaka iaitu Tuan Hj Mahmud b. Asha’ari.Kumpulan ini terus aktif di bawah naungan pentadbiran pengetua-pengetua yang silih berganti iaitu Pn Hjh Jamaliah bte Talib(1990),Pn Norhayati bte Lebai Isa(200-2001),Pn Hjh Wan Ruhayah bte Wan Yakob(2001-2005),Pn Hjh Pauziah bte Mohammad(2005-2007),dan kini oleh Pn Hjh Lailawati bte Ahmad.Kumpulan ini mula mencipta nama di persada nasyid di bawah nasihat dan bimbingan Pn Hjh Nor’aini bte Abdullah dan Pn Hjh Rosima bte Buang mulai tahun 2001-2005.Pada tahun 2002,kumpulan ini telah menjadi johan nasyid kebangsaan dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah dan tempat ketiga Festival Nasyid Kebangsaan 2005.
Pada tahun 2007,sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan nasyid telah dipilih menjadi salah satu daripada bidang kebitaraannya.Kumpulan ini terus dibimbing oleh Pn Hjh Rosima bte Buang dengan bantuan Ustazah Irma Martiny(2008) dan diganti oleh Pn Hatijah bte Ali serta AJK Kluster Kebitaraan Nasyid SMKASR.Setelah mendapat pengiktirafan kebitaraan,kumpulan ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan dalam setiap pertandingan yang disertai dan sering mendapat undangan membuat persembahan dalam majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi di negeri Melaka khususnya.
Kumpulan ini dipengerusikan oleh Nurul Jannah bte Ghafar(2008-2009) dengan ahli seramai 40 orang dimana setiap ahli nasyid telah dibahagikan mengikut peranan suara masing-masing.Solo telah diketuai oleh Nur Shabirah Maziyyah bte Abu Bakar.First voice@melody diketuai oleh Nur Syakinah Hayati bte Moamil,second voice@tenor diketuai oleh Umi Hajjar bte Muslim serta third voice@flat dan bass diketuai oleh Siti Nur Illiya bte Md Zainal dan Azreenah Shahari.Manakala perkusi nasyid pula diketuai oleh Nurul Jannah bte Ghafar.Seramai 7 orang ahli telah dipilih untuk mempelajari segala jenis alat untuk melahirkan kombinasi rentak yang sinonim dengan susunan dan irama lagu.
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment